fbpx

Pemandu jengkaut didakwa bunuh isteri, miliki senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Hanafi dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di Taman Sri Saujana 1 Mac lalu. Foto RAJA JAAFAR ALI

KOTA TINGGI – Seorang pemandu jengkaut dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh isterinya, awal bulan ini.

Tertuduh, Mohd. Hanafi Patahur Rahim, 43, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Rashidah Baharom.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu dituduh melakukan bunuh terhadap isterinya yang berusia 38 tahun di sebuah rumah di Taman Sri Saujana di sini pada pukul 3.30 pagi, 1 Mac lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd. Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd. Ghazali.

Manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mahkamah menetapkan 18 April depan sebagai tarikh sebutan semula sementara menunggu laporan bedah siasat dan kimia.

Terdahulu, Mohd. Hanafi dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku salah atas empat pertuduhan memiliki senjata api dan peluru.

Hakim Zahilah Mohammad Yusof bagaimanapun mengarahkan hukuman ke atas orang kena tuduh (OKT) dijalankan secara serentak bermula tarikh ditangkap pada 1 Mac lalu.

Hukuman penjara adalah selama enam tahun.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, lelaki itu didakwa memiliki selaras senapang tanpa jenama dan selaras senapang jenis Canon Super Model 737 CAL 177 serta 64 butir peluru pelbagai jenis jenama.

OKT dituduh melakukan perbuatan itu dilakukan di dua buah rumah iaitu di Ladang Pasir Panjang dan Taman Sri Saujana, Kota Tinggi pada 11.30 pagi hingga 9 malam, 1 Mac lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api 1960 (206) yang memperuntukan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Manakala rakan suspek yang berusia 32 tahun dibebaskan dengan bon mahkamah.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI