fbpx

Dua lelaki dikehendaki JIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chee Keong
Sukiman

PUTRAJAYA – Dua lelaki dikehendaki Jabatan Imigresen (JIM) bagi membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Dua lelaki berkenaan ialah Phoon Chee Keong, 46 dan seorang pemastautin tetap, Sukiman Razali, 62.

Chee Keong beralamat terakhir di 65-04-16 Bandar Baru Sentul manakala Sukiman beralamat terakhir di No. 136D Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru.

Sehubungan itu, JIM memohon orang ramai memberikan maklumat mengenai dua lelaki tersebut sekiranya ada info lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon menghubungi Pegawai Penyiasat, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK) Noramrina Saat dan TPPK Rafidah Sulaiman di talian 03-88801338 /1330 pada waktu pejabat atau Bilik Gerakan 03-8880 1555 selepas waktu pejabat, “katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI