fbpx

Bekalan dan harga telur ayam dijamin stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

HULU TERENGGANU – Larangan penjualan telur keluaran salah satu daripada 10 buah ladang milik Lay Hong Berhad (Lay Hong) iaitu Ladang CES 008 berikutan pengesanan bakteria Salmonella Enteriditis (SE) di Singapura tidak akan menjejaskan bekalan telur di pasaran tempatan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, pemeriksaan setakat ini, pencemaran bakteria SE tersebut tidak melibatkan bekalan telur dari ladang-ladang lain di seluruh negara.

“Dalam tempoh minggu pertama bulan ini iaitu 1 Mac hingga 7 Mac lalu, sebanyak 206,457,920 biji telur ayam telah dikeluarkan oleh 50 syarikat tempatan.

“Baki semasa telur ayam oleh syarikat pengeluar itu ialah 68,712,011 biji,” katanya ketika mengulas penarikan balik telur ayam Ladang CES 008 oleh kerajaan Singapura berikutan pencemaran bakteria SE baru-baru ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI