fbpx

Nadia Brian ‘kayu’, menangis tak menjadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADIA BRIAN

BOLEH tahan juga penangan drama berjudul Aku Yang Kau Gelar Isteri lakonan mantap Sharifah Sakinah, Lana Nodin dan Nadia Brian.

Cerita-cerita mistik dan ilmu hitan sebegitu memang dekat dalam kalangan orang kita, termasuk Diva sendiri. Rata-rata penonton memuji lakonan menjadi para pelakon, terutama Sakinah yang membawakan watak Laila dan Lana Nodin (Cik Embun).

Cuma apa yang tak sedapnya pula apabila ramai juga mengkritik tahap lakonan Nadia Brian yang didakwa masih ‘kayu’ dan tidak menjadi, lebih-lebih lagi semasa babak beremosi.

Daripada komen-komen netizen, ramai yang bising apabila babak menangis lakonan Nadia sebagai Raihani juga gagal kerana langsung tidak nampak air mata.

Menangis macam nak rak, tapi setitik pun air mata tak keluar. Menangis jenis apakah itu?

Mungkin Nadia kena berguru selepas ini dengan pelakon air mata, Wan Maimunah untuk membawakan watak yang memerlukan pengorbanan air mata sampai basah baju.

DIVA: Salam takziah buat keluarga Ratu Rock Ella yang baru kematian ibu tercinta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI