fbpx

Risteena sah milik Isa Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Risteena dan Isa selamat bergelar suami isteri pagi tadi.

PETALING JAYA – Dengan sekali lafaz, pelakon Risteena sah bergelar isteri kepada Isa Khan dalam satu majlis sebentar tadi.

Pasangan itu selamat bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya kira-kira pukul 10.40 pagi tadi.

Pernikahan tersebut disiarkan secara langsung menerusi Intagram @project2pi selaku jurufoto rasmi perkahwinan.

Menerusi video tersebut, beberapa anggota keluarga dilihat hadir dalam majlis serba ringkas penuh dengan prosedur operasi standard termasuklah adik Risteena yang juga pelakon Ruhainies.

Sehingga kini, Kosmo! Online masih menantikan kenyataan rasmi daripada kedua-dua mempelai.

Sebelum ini, Risteena dan Isa merancang untuk mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun lalu tetapi terpaksa menangguhkan hasrat murni tersebut berikutan penularan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Pasangan selebriti itu mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 di Bali, Indonesia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI