fbpx

Wanita curi barang kemas ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Usaha memburu rakan suspek yang dikenali sebagai Ruban Muniandi kerana disyaki terlibat dengan kes pecah dan curi komponen kereta sedang giat dijalankan.

PETALING JAYA – Seorang wanita warga tempatan yang disyaki mencuri barang kemas di tempat kerjanya sejak dua tahun untuk melangsaikan hutang pelaburan Forex berjaya diberkas pada 1 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, polis menerima laporan daripada pemilik kedai emas itu pada hari yang sama di mana dia mendakwa mengalami kerugian RM2 juta.

“Susulan daripada laporan itu, suspek di tahan di kediamannya di Sungai Way.

“Taktik wanita berusia 42 tahun itu mengikat seutas rantai  emas pada pehanya terbongkar dalam satu pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak majikan,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini.

Jelasnya lagi, pihak polis turut menahan dua wanita dan satu lelaki berusia 27 hingga 36 tahun dalam serbuan di tiga kedai pajak di Sungai Way.

“Kita telah merampas pelbagai barang kemas yang dianggarkan berjumlah sekitar RM138,000, suspek utama juga telah dituduh di mahkamah, manakala tiga lagi yang ditahan menjadi saksi pendakwaan,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, polis sedang memburu seorang lelaki yang dikenali sebagai Ruban Muniandi berusia 24 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes pecah cermin kereta di sekitar Sungai Way di sini.

“Individu tersebut mempunyai 14 rekod jenayah lampau dan dikehendaki pihak berkuasa bagi membantu kes siasatan pecah dan mencuri komponen kereta.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh ke balai polis berdekatan bagi menyalurkan maklumat,” ujarnya.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI