fbpx

Suhaz Evos waspada ancaman Todak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Suhaz dijadualkan menentang pasukan Red dalam aksi pertama pada saingan MPL MY/SG musim ke-7 yang akan bermula Jumaat ini.

PASUKAN Suhaz EVOS percaya persiapan rapi skuad kendalian mereka mampu mempamerkan aksi saingan yang cukup kompetitif pada Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia musim ke-7 yang membuka tirai secara rasmi pada Jumaat ini.

Sudah pasti pasukan Suhaz tidak berdepan laluan mudah untuk melangkah ke pentas final kerana rata-rata pasukan yang ber­aksi pada saingan ini terdiri daripada pasukan terbaik di rantau Asia mahupun dunia.

Musim ini selain Suhaz, sembilan pasukan utama bersaing di pentas MPL Malaysia adalah juara MPL Malaysia/Singapura (MY/SG) musim keenam seperti Todak, Geek Fam Malaysia, Team Bosskurr, Team SMG, Reborn Esports, Resurgence (RSG) MY dan Orange Louvre Esports. Selain itu mereka juga akan berdepan pasukan Homebois dan juga Red.

Pengurus pasukan, Muhammad Fadhil Hishamuddin atau dikenali sebagai Padel berkata, meskipun dijangka berdepan tugas sukar, namun mereka yakin memberi saingan sengit untuk melakar kejuaraan sulung di pentas tersebut.

“Kami berharap mampu memberi saingan terbaik pada kejua­raan musim ini. Kami telah me­lakukan persiapan yang cukup lengkap malah menyediakan fasi­liti terbaik kepada pemain untuk menjalani latihan.

“Saya lihat gabungan kami de­ngan organisasi sukan seperti Evos pada saingan MPL musim ke-7 ini adalah permulaan yang positif bagi pasukan ini untuk mempamerkan persembahan terbaik kepada juara-juara terdahulu.

“EVOS merupakan organisasi e-Sukan terbaik Asia Tenggara dan kami pula mempunyai pemain berbakat. Ramai masih belum melihat kemampuan pasukan kami dan saya yakin ia menjadi penanda aras terbaik untuk kami melakukan kejutan musim ini,” katanya kepada Kosmo!

Suhaz sebelum ini menjua­rai kejohanan Malaysia Esport Championship yang dikelola oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Esport Integrated (ESI).

Suhaz akan menurunkan pemain terbaik mereka seperti Muhammad Redzuwan Rosli (Hyhy), Muhammad Hazim Zulkifli (D Ace), Muhammad Azri Jamaludin (Aj), Hadiazwan Rosli (Box), Danial Arif Mohd. Judin (Eavy).

Dalam pada itu, Padel juga menuntut anak-anak buahnya waspada dengan ancaman pasukan Todak selepas pasukan tersebut meraih gelaran pada musim lalu tanpa sebarang kekalahan.

“Pada musim ini, apa yang saya dapat gambarkan adalah pasukan Todak antara yang perlu diberikan perhatian selepas mereka tampil cemerlang, malah menjuarai gela­ran pada musim ini.

“Sudah pasti perjalanan pasukan Suhaz bukan mudah malah rata-rata pasukan yang berada pada saingan ini antara yang berpengalaman. Jadi kami tidak boleh memandang rendah keupayaan mereka.

“Pemain perlu bermain sebaik mungkin dan tidak berputus asa. Saya yakin mereka mampu me­lakukannya kerana mereka semua tahu apa yang perlu dilakukan apabila tiba dalam arena perlawanan,” ujarnya.

Pasukan Todak menjuarai sai­ngan MPL MY/SG musim keenam tahun lalu selain kejayaan mereka meraih tempat ketujuh pada Kejohanan Dunia Mobile Legeds M2 di Singapura awal Januari lepas.

Pada perlawanan pertama nanti, pasukan Suhaz dijadualkan berdepan pasukan Red sebelum menentang pasukan RSG MY pada aksi MPL Malaysia musim ke-7.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI