fbpx
Hidayati (dua dari kanan) dan wakil dari Turkiye bergambar bersama pada sidang akhbar di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turkiye sasar pengambilan 10,000 pelajar Malaysia, negara serantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Turkiye menyasarkan seramai 10,000 pelajar Malaysia dan kawasan serantau akan melanjutkan pelajaran ke negara berkenaan menjelang 2030 melalui pengukuhan penganjuran promosi akses pendidikan global.

Penganjuran pameran Study in Turkiye anjuran SIT Connect bersama SIT Connect Asia di sini misalnya dilihat sebagai platform penting bagi merapatkan hubungan antara universiti Turkiye dengan institusi pendidikan tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif SIT Connect Asia, Hidayati Md Nor berkata, lebih 15 universiti dari Turkiye mengambil bahagian dalam siri jelajah pameran tersebut di rantau ini.

Jelasnya, Kuala Lumpur menjadi destinasi pertama pada 28 April ini sebelum pameran diteruskan ke Pulau Pinang (30 April), Brunei (2 Mei) dan Singapura (4 Mei).

“Ia memberi peluang kepada pelajar dan ibu bapa mendapatkan maklumat secara terus daripada wakil universiti yang terlibat.

“Pendekatan ini membolehkan mereka memahami dengan lebih jelas mengenai kursus, struktur yuran serta peluang biasiswa yang ditawarkan,” katanya.

Menurut Hidayati, interaksi secara bersemuka juga membantu pelajar membuat keputusan lebih tepat berkaitan hala tuju pendidikan mereka.

Majlis tersebut turut dihadiri Presiden SIT Connect Asia, Datuk Mokhtar Ismail, wakil SIT Connect, Mahmoud Darwish serta Pengurus Operasi SIT Connect, Mohamed AboSaif.

Hidayati berkata, jumlah pelajar Malaysia di Turkiye ketika ini masih rendah iaitu sekitar 324 orang, sekali gus membuka ruang besar untuk peningkatan pada masa depan.

Sementara itu, Mahmoud Darwish memaklumkan Malaysia dipilih sebagai antara lokasi utama penganjuran kerana reputasinya sebagai pusat pendidikan yang berkembang pesat di Asia Tenggara.

“Potensi kerjasama dua hala amat besar, khususnya dalam bidang pertukaran pelajar dan pembangunan akademik antara kedua-dua negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN