fbpx
VINICIUS JR. meledak gol untuk Real ketika mereka diikat Betis pada aksi La Liga awal pagi semalam. - AFP

La Liga: Real tuduh pengadil ‘rompak’ kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Pengurus Real Madrid, Alvaro Arbeloa menuduh pengadil menjadi punca kepada kekecewaan pasukannya yang diikat 1-1 oleh Real Betis, awal pagi semalam.

Arbeloa juga mendakwa saingan La Liga akan berdepan masalah serius sekiranya pertandingan dipalit isu prestasi pengadil apabila Real Betis memperoleh gol penyamaan menerusi Héctor Bellerín pada masa kecederaan babak kedua.

Ini adalah kali keempat daripada enam perlawanan Real melepaskan gol pada hujung permainan dan Arbeloa menganggap perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan ia harus segera dibaiki.

“Bagi saya ia sangat jelas (kekasaran terhadap Ferland Mendy). Kamu perlu faham tentang bola sepak dan di situ kami sebenarnya berdepan masalah serius, membabitkan individu yang membuat keputusan.

“Sebaliknya, mereka (pengadil) tidak tahu atau pun mereka tidak faham. Jika kami ada alasan jelas (bolos lewat permainan), kami kena baiki dan adalah benar jika mengatakan kami juga tidak bernasib baik,” katanya.

Dalam masa sama, Arbeloa masih belum jelas mengenai situasi menghimpit Kylian Mbappe yang meminta untuk dikeluarkan dan turut mendakwa perkembangan ini turut beri kesan kepada perlawanan dengan Betis.

“Saya tidak tahu, namun dia ada rasa tidak selesa. Kami akan lihat bagaimana perkembangannya dalam tempoh beberapa hari ini. Namun, keadaan seperti ini juga beri kesan kepada perlawanan ini,” katanya. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN