fbpx

Ibu bapa akur kaedah penyuraian – Mohd. Radzi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Radzi bergambar dengan sebahagian guru terlibat proses penyuraian murid sesi pagi di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya 1, Sepang, Selangor hari ini.

CYBERJAYA – Proses penyuraian murid berjalan lancar dengan sebahagian besar ibu bapa dilihat akur mengikuti setiap prosedur operasi standard (SO) yang ditetapkan pihak sekolah.

Itu respons spontan Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin ketika hadir secara mengejut di Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya 1, Persiaran Bestari, hari ini.

“Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar walaupun sekolah yang saya lawat pada tengah hari ini ramai murid dengan lebih 3,000 orang dan terletak di kawasan padat penduduk,” katanya.

Beliau ditemui semasa meninjau sekolah berkenaan selepas turut melakukan lawatan ke SK King George V, di Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan pada sesi sebelah paginya.

Seramai 1,645,159 murid tahun 3, 4, 5 dan 6 mula bersekolah di seluruh negara hari ini, seminggu selepas 1,107,095 murid prasekolah, tahun 1 dan 2 kohort 2021 pada 1 Mac lalu.

Sementara sejumlah 2,036,179 murid sekolah menengah kohort sama akan bersekolah pada 4 April bagi negeri-negeri Kumpulan A dan bakinya dalam kumpulan bermula 5 April depan.

Sementara itu, Radzi berharap keadaan sama turut berjalan dengan lancar di seluruh negara dan ibu bapa boleh memberi pandangan kepada pihak sekolah untuk proses penambahbaikan trafik.

Menurutnya, ini termasuk dengan meminta bantuan daripada pihak polis atau petugas Jabatan Sukarelawan Malaysia bagi mengawal kesesakan agar tiada perkara tidak diingini yang berlaku.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama dengan pengurusan sekolah jika diperlukan.

“Paling kita takut jika ada kemalangan akibat kereta bergerak laju dan hari ini pun, saya minta ketua polis balai Cyberjaya dengan enam anggota selain dari pasukan trafik datang,” katanya.

Beliau menambah, proses pemantauan turut dilakukan pada sebelah petang selepas habis waktu sesi persekolahan dan langkah itu akan berterusan sehingga keadaan kembali reda. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI