fbpx

Empat Felda tamat PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Penduduk di empat kawasan Felda yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) boleh menarik nafas lega apabila perintah itu ditamatkan hari ini.

Felda terlibat itu antaranya Felda Jengka 1, Felda Jengka 2, Felda Jengka 7 serta Felda Ulu Jempol di Maran, Pahang.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas penilaian risiko dibuat pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 471 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara komulatif hanya satu kes dilaporkan melibatkan lokaliti berkenaan.

“KKM turut mengesahkan kes positif hanya dikesan dalam Felda Ulu Jempol dan semua kontak rapat, kumpulan sasaran dalam kalangan penduduk telah dikenalpasti, disampel serta diasingkan,” katanya tadi.

Susulan itu, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di kawasan terbabit lebih awal berbanding 15 Mac seperti dijadualkan sebelum ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI