fbpx

‘Matahari Bandar’ bersihkan ruang daripada koronavirus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELANCARAN projek Mathari Bandar di bandar raya Rotterdam, Belanda. – Studio Roosegaarde

AMSTERDAM, Belanda – Makmal reka bentuk Studio Roosegaarde memperkenalkan penggunaan cahaya yang memancarkan radiasi ultra ungu untuk membersihkan ruang bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19, lapor portal dezeen.com.

Projek dinamakan ‘Matahari Bandar’ tersebut menggunakan sinar ultra unggu UVC yang bemembunuh virus tetapi memiliki risiko rendah terhadap kesihatan manusia.

“Matahari Bandar pertama di dunia membersihkan ruang awam daripada koronavirus supaya orang ramai boleh berkumpul dengan lebih selamat ,” kata studio itu di laman webnya.

Pengasas Studio Roosegaarde, Daan Roosegaarde memberitahu, antara tujuan projek itu adalah supaya perhimpunan awam boleh kembali diadakan selepas Covid-19 menjadi wabak global.

“Kami dapat menjadikan sesuatu ruang 99.9 peratus bebas virus dalam beberapa minit sahaja bergantung pada cuaca dan lokasi, justeru risiko untuk jatuh sakit atau menjangkiti satu sama lain telah dihapuskan,” katanya.

Roosegaarde menambah, lampu ‘Matahari Bandar’ dapat mensanitasi kawasan limpahan cahaya di bawahnya dalam masa hanya dua minit, bergantung kepada beberapa faktor termasuk ketinggian.

Bagaimanapun, laporan pada November 2020 yang disiarkan dalam jurnal saintifik, Nature menunjukkan masa sehingga 11.5 minit diperlukan untuk cahaya UVC memusnahkan sehingga 99.9 peratus koronavirus di udara.

Menurut Studio Roosegaarde, Matahari Bandar dapat membantu menjadikan lokasi awam seperti stesen kereta api, sekolah dan dataran awam lebih selamat.

“Tujuannya bukan untuk me­ngatakan bahawa kita tidak memerlukan vaksin Covid-19 atau pelitup muka lagi.

“Matahari Bandar tidak boleh menyembuhkan Covid-19 tetapi menjadikan perjumpaan sosial lebih selamat,” kata Roosegaarde.

Kebanyakan jangkitan Co­vid-19 berlaku di tempat tertutup. Jangkitan di luar boleh berlaku tetapi risikonya jauh lebih rendah kerana virus diselerak dan ‘dicairkan’ oleh arus udara. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI