fbpx
Wan Junaidi (kiri) menyampaikan surat perjanjian penyewaan Platinum Mall kepada seorang usahawan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kota Bharu hari ini.

Lebih 5,000 koperasi tidak aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Lebih 5,000 daripada 14,668 koperasi di seluruh negara dikenal pasti tidak aktif dan berstatus dorman namun masih berpeluang untuk diselamatkan daripada risiko gulung tikar.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, berdasarkan statistik sama yang direkodkan sehingga Jun tahun lalu, bilangan koperasi masih aktif pula berjumlah 9,300.

“Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan berusaha membantu menghidupkan semula koperasi dikenal pasti tidak aktif.

“Bantuan tersebut dalam pelbagai bentuk termasuk bimbingan meneliti semula laporan kewangan koperasi yang dikenal pasti. Kadang-kadang, koperasi ini masih aktif,”namun tidak membuat laporan tahunan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan dan Pembiayaan Agensi di Bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Koperasi Warga USM Kelantan Berhad, Prof. Madya Dr. Mohamed Saat Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hanifa Ahmad.

Dalam majlis itu, sebanyak RM4.09 juta telah diserahkan kepada 17 koperasi di negeri ini yang terpilih sebagai penerima Pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMP)-SKM dan Tabung Bantuan Koperasi.

Wan Junaidi dalam pada itu berkata, peningkatan bilangan koperasi berdaftar menunjukkan kesedaran masyarakat terhadap gerakan koperasi satu model keusahawanan sosial semakin meningkat.

Katanya, penglibatan koperasi di Kelantan bagi sektor pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan dilihat amat berkembang ketika ini. – K! ONLINE

 

BERITA BERKAITAN