fbpx

Bapa bawa kepala anak ke balai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMAR berjalan menuju ke balai polis sambil membawa kepala anaknya yang dipenggal. – AGENSI

NEW DELHI – Seorang bapa di India tergamak memenggal anak perempuannya yang berumur 17 tahun kerana tidak menyukai pilihan teman lelaki mangsa.

Sarvesh Kumar kemudian berjalan kaki ke balai polis berdekatan sambil membawa kepala anaknya dan berkata, dia akan memenggal kepala teman lelaki mangsa sekiranya terserempak dengan pemuda tersebut.

Jenayah bermotifkan maruah keluarga itu berlaku di Kampung Pandetara, negeri Uttar Pradesh di utara India minggu ini.

Kata Kumar, dia memenggal kepala anaknya menggunakan objek tajam kerana tidak bersetuju dengan percintaan gadis tersebut.

“Ya saya yang penggal, bukan orang lain. Badannya ada di dalam bilik di rumah kami,” katanya seperti yang dilaporkan media tempatan, NDTV kelmarin.

Polis menemui badan anak perempuan Kumar di rumah keluarga berkenaan. Mayat mangsa dibawa untuk bedah siasat manakala polis menahan Kumar dan isterinya.

Uttar Pradesh merekodkan kes jenayah tertinggi terhadap kanak-kanak di India dengan 7,444 kes diikuti Madhya Pradesh (6,503) dan Maharashtra (6,402). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI