fbpx
ZAQUAN mengingatkan rakan-rakan sepasukan agar tidak menjadikan keputusan cemerlang dalam tiga aksi persahabatan pramusim dijadikan sebagai kayu ukur menjelang aksi menentang JDT II di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.

Zaquan percaya NSFC mampu benam JDT II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAPTEN Negeri Sembilan FC (NSFC), Zaquan Adha Abdul Radzak berazam  membantu pasukan memulakan aksi Liga Premier dengan langkah kanan menjelang aksi bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) II di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.

Kata Zaquan, sambutan yang cukup baik diberikan oleh penyokong NSFC dalam penswastaan kelab  memberikan semangat tambahan kepada seluruh pemain dalam memberikan cabaran kepada kejuaraan liga musim ini.

“Secara peribadi, sejak saya balik semula ke sini, saya lihat banyak perkembangan positif yang begitu ketara dalam kalangan penyokong kerana selama ini macam suam-suam sahaja sokongan mereka.

“Jadi, saya harap benda yang baik ini berterusan dan saya bersama pasukan harap dapat mencipta kejayaan demi NSFC serta penyokong.

“Perlawanan pertama selalu menjadi detik penting kepada mana-mana pasukan kerana secara tidak langsung akan berikan keyakinan bagi mengharungi musim yang panjang ini.

“Namun, JDT II bukan pasukan yang mudah kerana mereka mempunyai barisan import yang berkualiti terutama ketua pasukan (Nicolas Fernandez) selain pemain-pemain muda berbakat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bekas ketua pasukan Harimau Malaya itu pada masa sama tidak mahu keputusan cemerlang yang dicatatkan oleh skuad kendalian K. Devan dalam tiga aksi persahabatan pramusim dijadikan sebagai kayu ukur.

“Momentum serta motivasi pasukan sangat positif  dengan meraih kemenangan pada tiga perlawanan lepas tetapi ia hanyalah aksi persahabatan. Apa yang penting adalah kemenangan bertemu JDT nanti,” katanya. – K! ONLINE