fbpx

UPNM diminta untuk perkasakan R&D

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika melawat simulator kapal moden dan hasil peyelidikan universiti di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sungai Besi di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) digesa untuk memperkasakan sektor penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasikan produk-produk bersesuaian bukan sahaja untuk kelebihan Kementerian Pertahanan (Mindef) tetapi juga dikomersialkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, R&D yang dihasilkan UPNM diminta untuk bersesuaian dengan kehendak Mindef terutama dari segi senjata dan aset pertahanan.

“Kita juga bersetuju bahawa R&D dihasilkan UPNM bukan setakat hasilkan produk tetapi supaya boleh dikomersialkan dan diperdagangkan. Saya sendiri melihat produk R&D yang dihasilkan, dan ternyata banyak boleh dikomersialkan.

“Saya dah janji, jika produk yang dihasilkan bersesuaian dengan kehendak Mindef, maka Mindef boleh jadi pembeli utama setiap produk UPNM,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di UPNM, di sini hari ini.

Dalam pada itu, jelas beliau, pihaknya akan berbincang bersama Kementerian Pengajian Tinggi untuk penambahan dana R&D selain Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) bagi membantu mengkomersialkan produk yang dihasilkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI