fbpx

Polis ‘cari’ Yong Wei Kei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yong Wei Kei

PETALING JAYA – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang juga saksi penting dalam perbicaraan kes dadah di Mahkamah Tinggi Jenayah, Shah Alam pada Isnin depan.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, lelaki berkenaan dikenali sebagai Yong Wei Kei, 29 tahun dan alamat terakhirnya di Taman Lembah Maju, Ampang Selangor.

“Pihak polis memerlukan orang ramai membantu mengesan penama berkenaan atau penama ini sendiri tampil ke IPD Kajang bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan penama ini diseru untuk menyalurkannya kepada pihak polis atau penama sendiri boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Linda Abdol Wahab di talian 019-9440193,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI