fbpx

Pemandu mabuk mengaku tidak bersalah langgar pemuda hingga maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh K. Mandave Singh,25, dibawa keluar daripada Mahkamah Majistret Kuantan hari ini selepas dituduh memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian pada Isnin lalu.

Oleh NIK SUKRY RAMLI

KUANTAN – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan di sini hari ini atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk dan menyebabkan kematian seorang pekerja kilang di Jalan Sungai Lembing, Isnin lalu.

Tertuduh, K. Mandave Singh,25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Izzati Zakaria.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang beralamat di Bandar Tambun, Ipoh, Perak, didakwa memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza di atas jalan raya dengan kadar alkohol di dalam darah melebihi had ditetapkan sehingga menyebabkan kematian Muhammad Akmal Hakim Misnan berusia 22 tahun.

Mandave Singh didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Sungai Lembing, berhampiran kedai pemborong runcit Chop Seng Fong, di sini pada pukul 1.10 pagi pada 1 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 44 (1)(b) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 yang boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 15 tahun serta boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 jika didapati bersalah.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nasrul Hadi Abdul Ghani memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin bersama syarat tambahan antaranya perlu melaporkan diri di balai polis, pergantungan lesen dan pasport perlu diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam mewakili Mandave Singh, Farah Naz Kumar memohon ikat jamin dikurangkan susulan anak guamnya tidak bekerja.

Majistret Nor Izzati kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI