fbpx

Cubaan bawa keluar musang king gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara bungkusan durian Musang King yang cuba diseludup.

SEPANG – Cubaan seorang warga tempatan membawa keluar empat kotak berisi 16 buah durian jenis musang king ke Indonesia gagal apabila ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.

Lelaki berusia 31 tahun itu, ditahan selepas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membuat pemeriksaan ke atas suspek pada pukul 12.30 tengahari, Selasa lalu.

Pemangku Pengarah Maqis Selangor, Zamri Hashim berkata, pihaknya menemui empat kotak mengandungi 16 biji buah durian seberat 56 kilogram (kg) bernilai RM6,000.

“Pemeriksaan lanjut mendapati buah durian tersebut dipercayai untuk dihantar kepada majikannya di Indonesia.

” Kesemua buah durian tersebut dirampas kerana gagal mengemukakan permit eksport dan sijil fitosanitasi, ” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, perbuatan mengeksport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanah atau mikroorganisma tanpa permit adalah salah mengikut Seksyen 11(2), Akta Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI