fbpx
RAZLAN memberi jaminan bahawa pelumba tempatan tang cemerlang masih mempunyai peluang untuk menyertai SRT.

SRT jamin beri peluang buat pelumba negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TIADA istilah lupa daratan buat prinsipal pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali sebaliknya mengakui perancangannya untuk membawa pelumba tempatan kembali mewarnai kancah Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) masih ada.

Razlan mengakui, pihaknya tidak mahu sekadar tangkap muat untuk meletakkan pelumba negara dalam pasukan Petronas SRT malah mahu memastikan pelumba muda negara betul-betul bersedia sebelum melangkah ke kejuaraan dunia.

Tegasnya, dia tidak mahu terikut-ikut dengan tekanan peminat permotoran negara yang sekadar mahu meletakkan pelumba Malaysia tanpa memikirkan nasib dialami jika pelumba negara gagal bersaing.

“Sudah tentu kita sentiasa membangunkan dan melahirkan bakat-bakat muda di Malaysia menerusi program yang kita ­telah tetapkan, tetapi kita perlukan masa dan sedikit kesabaran. Kita tidak mahu meletakkan pelumba secara semberono disebabkan tekanan oleh peminat negara kita sendiri.

“Mereka (peminat) tidak kisah di mana pengakhiran karier pelumba dan malah ada yang mendakwa tidak kisah jika pelumba Malaysia berada di tempat terakhir sekalipun. Kita tidak mahu perkara tersebut berlaku.

“Kita mahu memastikan pelumba muda Malaysia bersedia, kompetitif dan perlu melengkapkan sasaran kerana banyak data yang kita boleh bandingkan dengan pelumba Eropah lain. Kita akan rosakkan karier mereka jika kita sekadar memanggil mereka menyertai pasukan ini,” katanya pada sidang video semalam.

Dalam pada itu, Razlan turut mengakui ada tempat buat pelumba negara jika mereka meraih keputusan yang memberangsangkan ketika beraksi di perlumbaan CEV di Sepanyol.

“Jika Adam Norrodin atau Sharifuddin Azman cemerlang di CEV ada tempat buat mereka di Moto 2 nanti. Jadi, mereka perlu bekerja keras dan perlu mendapatkan keputusan terbaik untuk berada dalam pasukan ini,” tambahnya.

Dalam pada itu, Razlan turut mengharapkan sinar baharu menjelang Grand Prix (GP) Malaysia di Sepang pada penghujung Oktober nanti selain jangkitan Covid-19 di negara ini pulih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN