fbpx

Suspek kes rusuhan, Jimmy Black serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jimmy Black . Foto: Ihsan PDRM

KOTA KINABALU – Selepas lebih dua bulan diburu, suspek kes rusuhan sehingga menyebabkan kematian di Restoran My Heaven Seafood, di Jalan Beaufort Jaya, Beaufort, Disember lalu, akhirnya menyerah diri semalam.

Suspek Hobalan N. Vello atau lebih dikenali sebagai Jimmy Black, 37, ditahan di Jalan Tunku Abdul Rahman berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu sekitar pukul 11 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, suspek menyerah diri dan ditahan pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D9).

“Lelaki berkenaan ditahan berikutan dikehendaki bersabit siasatan kes rusuhan di Beaufort membabitkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suspek akan ditahan reman untuk membantu siasatan lanjut sebelum pendakwaan di mahkamah dilakukan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian pada Disember lalu, seorang lelaki parah selepas ditetak menggunakan parang manakala seorang lagi turut cedera di kepala disyaki akibat dilibas menggunakan kepala tali pinggang namun mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Siasatan awal polis mendapati punca pergaduhan itu tercetus selepas seorang pelanggan yang datang bersama tiga rakannya untuk membeli minuman keras bertengkar mulut dengan pemilik restoran. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI