fbpx

10 individu tukar balik ekzos ‘perang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA SELANGOR – Tindakan 10 individu mengubah suai ekzos motosikal sehingga mengeluarkan bunyi bising melampau membawa padah apabila terpaksa berhempas pulas hampir empat jam menukar semula ekzos itu semula semalam.

Kesemua mereka berusia 18 hingga 25 tahun termasuk seorang perempuan itu dikehendaki membawa ekzos ‘standard’ bagi proses penukaran yang dilakukan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya terdahulu menahan 12 buah motosikal dalam Operasi Ubah Suai Ekzos di sekitar daerah ini bermula pukul 5 petang hingga 8 malam kelmarin yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkusaan Trafik (BSPT) IPD ini.

Katanya, daripada jumlah tersebut hanya 10 buah motosikal didapati melakukan kesalahan ujian paras bunyi terhadap ekzos yang telah diubah suai yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor.

“Rata-rata jenis motosikal yang melakukan kesalahan itu adalah jenis Yamaha Y150 dan LC 135 dengan siasatan mereka melakukan pengubahsuaian demi kepuasaan diri sendiri.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati terdapat seorang lelaki berusia 20an sanggup menghabiskan sehingga RM7,000 untuk ‘melaram’ dengan motosikal idamannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kata beliau, mereka telah dikenakan saman minimun RM300 dibawah Kaedah 103 iaitu dibawah Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan & Penggunaan) 1958 (L/N 170/1959) atas kesalahan Ubah Suai Ekzos manakala 17keping saman Pol 257 terhadap pelbagai kesalahan.

Tambah Ramli, kompaun RM300 juga dikenakan oleh pihak JAS kepada 10 individu tersebut mengikut Seksyen 48A(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana gagal mematuhi had bunyi yang dibenarkan.

“Polis juga mengeluarkan 29 keping saman atas kesalahan lain termasuk berhubung nombor pendaftaran iaitu kecil dan fancy, tiada lesen memandu, tidak mempunyai cukai jalan serta cermin sisi selain tidak mempamerkan tanda pengenalan ‘L’ dan ‘P’.

“Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang turut menyertai operasi itu mengeluarkan 32 notis arahan periksa,” katanya.

Justeru, Ramli menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal agar mematuhi undang-undang jalan raya,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI