fbpx
KEADAAN mayat lelaki warga emas yang maut dalam kejadian samun di kediamannya di Pekan Baru, Teluk Intan hari ini.

Warga emas maut dilibas parang, rumah disamun 3 lelaki bertopeng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TELUK INTAN – Seorang lelaki berusia 69 tahun maut selepas dilibas dengan senjata tajam dipercayai parang dalam kejadian samun di rumahnya di Pekan Baru, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 6.38 pagi dan sepasukan anggota segera ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada pukul 6.02 pagi ketika isteri mangsa berada di halaman rumah untuk membuat persiapan sembahyang, manakala si mati berehat dalam rumah.

“Seramai tiga lelaki bertopeng dipercayai memanjat tembok hadapan sebelum masuk ke dalam rumah pasangan warga emas itu,” katanya di sini hari ini.

Menurut Kok Lian, suspek kemudian mengugut pasangan suami isteri tersebut untuk mendapatkan barangan kemas sebelum melibas senjata tajam ke arah mangsa.

Ekoran kejadian itu, mangsa parah di tangan kanan dan tapak tangan kiri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Isteri si mati tidak mengalami sebarang kecederaan.

Suspek melarikan sejumlah barangan kemas dan wang tunai, namun jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan. Usaha mengesan suspek berusia 20 hingga 30 tahun sedang dijalankan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Oang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Teluk Intan di talian 05-6222222.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN