fbpx

LHDN sasar kutipan cukai RM143.9 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan untuk mengutip cukai berjumlah RM143.9 bilion pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah berkata, tahun lalu LHDN merekodkan kutipan hasil cukai RM123.093 bilion.

“LHDN akan menjadikan pencapaian kutipan cukai tahun 2020 sebagai pendorong untuk membuat lonjakan berganda pada tahun 2021,” katanya pada Sambutan Hari Hasil Ke- 25 LHDNM 2021 yang diadakan secara maya hari ini.

Majlis sambutan disempurnakan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sabin berkata, antara strategi LHDN untuk memastikan teras percukaian dapat diperkasakan dengan meningkatkan tahap pematuhan, menggandakan lonjakan kutipan dan mengurangkan ketirisan hasil.

Menurut beliau, satu jawatankuasa kerja menyediakan Rangka Kerja Tadbir Urus Cukai Korporat (TCG) khusus untuk pembayar cukai syarikat diwujudkan bagi meningkatkan pematuhan sukarela.

Tambah beliau, LHDN juga perlu memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam hak mencukai pendapatan ekonomi digital.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, LHDN merekodkan jumlah kutipan cukai RM1.392 bilion atau 1.14 peratus lebih tinggi berbanding sasaran ditetapkan RM121.7 bilion pada tahun lalu.

Jelas beliau, meskipun berdepan suasana ekonomi yang suram serta mencabar, LHDN membuktikan kemampuannya mengadaptasi norma-norma baharu dalam menjalankan operasi percukaiannya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI