fbpx

Lagi mangsa kena tipu ‘pegawai LHDN’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Awas dan selidiki terlebih dahulu apabila menerima panggilan telefon daripada individu mengaku pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ia kerana seorang pengurus ladang di Mentakab, Temerloh dekat sini menjadi mangsa terbaharu apabila kerugian RM8,500 akibat ditipu dalam kejadian semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, lelaki berusia 44 tahun itu dihubungi suspek awal petang semalam.

“Petang Ahad semalam, mangsa terima panggilan telefon daripada nombor 017-8629575 mengatakan dari LHDN Cyberjaya.

“Suspek mengatakan syarikat milik mangsa mempunyai tunggakan cukai yang belum dijelaskan sebanyak RM38,000.

“Dia (mangsa) menafikan hal tersebut kerana tidak mempunyai syarikat,” kata Mohd. Wazir menerusi kenyataan hari ini.

Tambah beliau lagi, suspek mengatakan kad pengenalan mangsa mungkin digunakan pihak lain untuk mendaftar syarikat dan meminta mangsa membuat laporan polis.

Kata beliau, talian telefon kemudian disambungkan kepada individu menyamar polis yang kononnya sedang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini.

“Sejurus talian disambungkan, suspek menyamar polis itu menyuruh mangsa memuat turun aplikasi palsu Bank Negara, MyBNM.

“Selepas memuat turun, mangsa diarahkan mengisi butir dokumen peribadi serta maklumat perbankan termasuk kata laluan akaun online dan nombor PIN kad bank,” katanya.

“Mangsa juga disuruh memindahkan wang daripada akaun Maybank dan Ambank untuk dimasukkan ke akaun Public Bank miliknya sendiri.

“Mula berasa curiga, mangsa kemudian memeriksa baki akaunnya dan mendapati sejumlah wang telah dipindahkan ke dalam akaun milik seorang wanita,” katanya.

Lelaki itu lantas tampil ke Balai Polis Mentakab untuk membuat laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI