fbpx

Empat agenda mantapkan KRT – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHYIDDIN ketika melancarkan Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 secara maya hari ini.

PETALING JAYA – Bagi memperkasa peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di peringkat akar umbi, kerajaan hari ini melancarkan Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, empat Agenda Kerja KRT diperkenalkan iaitu Agenda Kerja KRT Selamat, Agenda Kerja KRT Sihat, Agenda Kerja KRT Bersih dan Indah serta Agenda Kerja KRT Sejahtera.

“Pelan tindakan ini diwujudkan bagi memperkasa peranan KRT di peringkat akar umbi melalui kerjasama pihak kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan.

“Pelan ini merupakan satu daripada strategi yang telah digariskan dalam Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 dan Anugerah Perdana Rukun Tetangga 2021 yang disiarkan secara maya, hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI