fbpx

Premium kasar, sumbangan takaful MNRB naik kepada RM1.81 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – MNRB Hol­dings Bhd. (MNRB) mencatat kenaikan sebanyak 12.4 peratus dalam premium kasar dan sumbangan takaful kepada RM1.81 bilion bagi tempoh sembilan bulan tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 (9M FY2021).

Untung bersih kumpulan juga melonjak kepada RM140.1 juta bagi tempoh tersebut, naik 48.4 peratus lebih tinggi berbanding RM94.4 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Zaharudin Daud berkata, di sebalik berdepan dengan cabaran dan ketidaktentuan ekoran pandemik Co­vid-19 yang telah menjangkau hampir setahun kini, operasi bagi semua anak syarikat kumpulan kekal stabil dan kukuh dengan me­nyumbang keuntu­ngan bersih yang tinggi kepada kumpulan dalam tempoh tersebut.

“Ia telah melebihi daripada keuntungan bersih sebanyak RM132.9 juta yang dicatat pada tahun kewangan penuh sebelum ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Mengulas lanjut, Malaysian Reinsurance Bhd. (Malaysian Re), mencatat pertumbuhan seba­nyak 10.3 peratus dalam premium kasar kepada RM1.03 bilion berbanding RM941.1 juta tempoh sama tahun sebelum.

Peningkatan ini disumbangkan daripada perniagaan seberang lautnya.

Bagi segmen perniagaan taka­ful, Takaful Ikhlas General Bhd. (Takaful IKHLAS General) pula mencatat pertumbuhan menggalakkan dalam sumbangan kasar syarikat yang meningkat sebanyak 36.5 peratus kepada RM318.5 juta bagi tempoh sembilan bulan tahun kewangan 2021 berbanding RM233.3 juta tempoh sama tahun sebelumnya

Untung bersih Takaful IKHLAS General tumbuh sebanyak 65.7 peratus kepada RM22.2 juta berbanding RM13.4 juta tempoh sama sebelumnya.

Selain itu, sumbangan kasar bagi, Takaful Ikhlas Family Bhd. (Takaful IKHLAS Family) turut meningkat sebanyak 2.3 peratus kepada RM450.9 million bagi 9M FY2021 berbanding RM440.7 juta tempoh yang sama sebelum ini.

Untung bersihnya menyusut sebanyak 39.9 peratus kepada RM24.3 million berbanding RM40.4 juta ekoran hasil nilai purata yang rendah daripada portfolio pelaburannya.

“Pandemik telah memberi kesan kepada pertumbuhan perniagaan takaful keluarga ekoran pelaksanaan pergerakan terhad oleh ejen-ejennya serta pertumbuhan pinjaman yang rendah yang dialami oleh rakan banca­takaful.

“Kami melihat pertumbuhan yang lebih perlahan pada suku pertama tetapi perniagaan telah meningkat lebih baik kini,” ujar­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI