fbpx

[KEMASKINI] ‘Bob Mah Sing’ sondol ‘king’ diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menemui dadah dalam kereta Proton Waja yang dinaiki penjenayah terbabit.


PETALING JAYA – Seorang penjenayah dikenali sebagai ‘Bob Mah Sing’ disyaki terlibat dalam insiden merempuh dua buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas, Sungai Buloh dekat sini diburu polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an itu masih bebas selepas melarikan diri sebaik menghentikan kenderaan di bahu jalan berhampiran MRT Damansara Damai.

“Bagaimanapun, rakan suspek yang berusia 35 tahun berjaya diberkas di kawasan perumahan Desa Aman kira-kira satu kilometer dari lokasi kereta ditinggalkan.

“Polis juga berjaya menemui plastik lutsinar disyaki dadah jenis heroin seberat 1.7 gram di dalam kenderaan yang ditinggalkan oleh kedua-dua suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Suspek yang masih bebas dikenali sebagai ‘Bob Mah Sing’ berusia dalam lingkungan 40-an.

 

Mengulas lanjut, semakan rekod lampau mendapati suspek yang ditahan mempunyai lapan rekod berkaitan kes dadah.

“Permohonan reman akan dilakukan esok untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyn 307, 427, 188 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2)Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dua anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar sebuah kereta jenis Proton Waja yang dinaiki dua lelaki selepas merempuh dua kenderaan.

Kejadian yang mencetuskan kebimbangan orang awam terbabit tular di media sosial menerusi satu video berdurasi satu minit 45 saat yang menunjukkan kereta bernombor pendaftaran MAS175 melanggar bahagian belakang lori dan sisi kereta jenis Perodua Myvi untuk melarikan diri. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI