fbpx

Kejora sumbang RM19,600 kepada setiap KIR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahman (kanan) menyampaikan Dividen Projek Ternakan Burung Walit Berkelompok, Kampung Belukar Durian, Kota Tinggi, Johor.

PETALING JAYA – Lembaga Kemajuan Wilayah Johor Tenggara (Kejora) memperuntukkan sebanyak RM19,600 untuk diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Taman Sinar Sedili, Kota Tinggi, Johor.

Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, sumbangan daripada Tabung Ladang Berskala Besar (TLBB) itu melibatkan seramai 98 KIR di PPRT Taman Sinar Sedili.

“Kadar bayaran adalah RM200 bagi setiap KIR Taman Sinar Sedili. Tujuannya untuk membantu meringankan beban kewangan penduduk Taman Sinar Sedili yang terjejas pendapatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Selain itu, ia juga dapat merealisasikan objektif program Projek Ladang Buah Berskala Besar (EPP7) di Sedili Besar menerusi sumbangan TLBB kepada golongan sasar dalam wilayah Kejora,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, seramai 30 peserta Projek Ternakan Burung Walit Berkelompok Kampung Belukar Durian bakal menerima bayaran dividen 2020 sebanyak RM300 seorang hasil daripada keuntungan projek itu.

Menurut beliau, Projek Ternakan Burung Walit Berkelompok Kampung Belukar Durian merupakan Program Peningkatan Pendapatan (PPP) dibawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) di wilayah Kejora.

Terdahulu, beliau memaklumkan, Majlis Prapelancaran Jubli Emas Kejora telah diadakan secara maya di Kota Tinggi semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI