fbpx

JKN Melaka keluarkan kompaun RM3.88 juta 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAHMAD (kanan) mengingatkan pelanggan di sebuah kedai makan mengenai pematuhan SOP dalam Operasi Khas Penguatkuasaan Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Jalan Hang Tuah, di sini, hari ini.

MELAKA – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) mengeluarkan kompaun sebanyak RM3.88 juta sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac tahun lalu sehingga kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kompaun itu dikeluarkan atas pelbagai kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Katanya, kompaun itu merupakan hasil pemantauan dan pemeriksaan penguat kuasa oleh pegawai JKN melibatkan18, 350 premis.

“Antara kesalahan ialah membenarkan pelanggan makan di premis, tiada saringan suhu, tidak menyediakan kod QR MySejahtera serta buku daftar pelanggan,” katanya selepas Operasi Khas Penguatkuasaan Pematuhan PKP Bersyarat di Jalan Hang Tuah di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Ismail Ali.

Rahmad berkata, daripada jumlah keseluruhan RM3.88 juta kompaun dikeluarkan, sejumlah RM1.78 juta telah dibayar dengan melibatkan 959 kompaun.

“Sehingga kini sebanyak 265 kertas siasatan sudah dikemukakan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya  untuk pendakwaan.

“Daripada jumlah tersebut, 16 kes telah didakwa di mahkamah dengan seorang daripada individu dikenakan hukuman penjara kerana gagal membayar denda,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI