fbpx

Dua beradik pecah masuk premis dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafa'aton menunjukkan diantara barang rampasan pada Majlis Sidang Akhbar Tangkapan dan Rampasan Barang Kes Kegiatan Jenayah di sekitar Sungai Buloh dan Lembah Klang, di sini, hari ini.

SUNGAI BULOH – Teka teki siapa dalang di sebalik kegiatan pecah premis dobi, taska serta restoran di tiga daerah di negeri ini akhirnya terbongkar selepas polis berjaya memberkas dua adik beradik baru-baru ini.

Kedua dua suspek yang berusia 20 dan 23 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan di Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang menerusi Op Pintu Khas dalam tempoh dua hari bermula 11 dan 12 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, operasi itu dilakukan selepas polis menerima laporan daripada seorang pemilik dobi di Kuang yang memaklumkan premis berkenaan dipecah masuk membabitkan kerugian RM1,500 pada 4 Januari lalu.

“Menerusi serbuan berkenaan, kita berjaya mencekup dua suspek terbabit di lokasi tersebut dan turut merampas sebuah motosikal jenis Honda EX5, satu tukul dan satu pemutar skru yang dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan kegiatan pecah premis pada waktu awal pagi iaitu antara pukul 1 hingga 5 pagi,” ujarnya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di sini hari ini.

Jelas beliau, hasil soal siasat ke atas suspek mendapati mereka dipercayai terlibat dengan 11 kes pecah premis membabitkan kerugian RM15,000 di daerah ini, Gombak serta Klang.

“Semakan juga mendapati suspek yang berusia 20 tahun memiliki 13 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, manakala seorang lagi suspek mempunyai tiga rekod berkaitan jenayah serta dadah.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis methaphetamin,” ujarnya.

Katanya, kedua-dua suspek berkenaan direman sehingga esok bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI