fbpx

Jo Min-ah rai perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JO MIN-AH

SELEPAS berdepan penundaan gara-gara Covid-19, penyanyi Jo Min-ah akhirnya menarik nafas lega selepas majlis perkahwinannya dapat dilangsungkan baru-baru ini.

Terdahulu, bekas anggota kumpulan Jewelry itu mendaftarkan perkahwinannya dengan seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah pusat kecergasan pada September tahun lalu.

Selepas beberapa bulan, barulah dia dapat menganjurkan majlis resepsi untuk meraikan perkahwinannya dengan suami pada 20 Februari lalu.

“Saya kurang gementar untuk majlis ini kerana kami sudah mendaftarkan perkahwinan terlebih dahulu beberapa bulan sudah.

“Tetapi apa yang menjadi cabaran adalah persiapan untuk majlis ini yang menjadi sedikit huru-hara kerana saya mengalami alahan pagi,” ujarnya yang mengumumkan sedang hamil pada November tahun lalu.

Disebabkan menganjurkan resepsi ketika berbadan dua, Min-ah mengakui berdepan kesukaran untuk mengenakan busana pengantin kerana bentuk badannya mengalami perubahan.

“Mujurlah suami saya membantu. Banyak perkara yang kami lalui sebelum sampai ke hari ini. Pembatalan majlis kerana Covid-19, masalah kesihatan akibat fasa awal kehamilan dan juga kegusaran saya bergelar ibu buat pertama kali.

“Tetapi suami sayalah yang banyak memberi kata-kata sokongan. Cincin perkahwinan kami juga hilang tetapi suami kata okey sahaja asalkan saya jangan tinggalkan dia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI