fbpx

Hodak pengendali tepat buat KLUFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INDRA Putra (kanan) percaya kepada kemampuan Hodak mengendalikan KLUFC untuk berdaya saing pada kempen Liga Super Super musim ini.

PEMAIN berpengalaman Kuala Lumpur United FC (KLUFC), Indra Putra Mahayuddin optimis pengendali import dari Croatia, Bojan Hodak mampu mencongak strategi terbaik dalam membantu pasukan bersaing pada kancah Liga Super musim ini.

Kata Indra, kualiti yang dimiliki oleh Hodak serta pendekatan yang dipamerkan ketika ini sa­ngat berbeza memandangkan dia lebih matang dalam melakukan setiap keputusan.

“Saya memiliki pengalaman ketika mewakili Kelantan pada musim 2012 di bawah kendalian Hodak yang mana kami memenangi gelaran trebel ketika ini dan saya lihat ketika ini dia semakin tegas serta berpengalaman.

“Secara peribadi, saya percaya kehadiran Hodak sudah tentu memberi kekuatan tambahan ke­rana dia mampu mencongak strategi terbaik dan saya harap dia dapat membantu pasukan mencapai sasaran yang diletakkan musim ini,” katanya pada Majlis Pelancaran Jersi KLUFC musim 2021.

Sementara itu, Indra yang kini berusia 40 tahun percaya barisan kualiti skuad Warga Kota musim ini mampu memberikan kejutan tersendiri tetapi pada masa sama lebih suka digelar underdog.

“Secara jujur, saya rasa ini adalah barisan terkuat pasukan KLUFC sejak saya berhijrah ke sini pada musim 2018. Malah, kami juga berjaya menandatangani pemain berkualiti seperti Hadin Azman dan Safee Sali.

“Malah, beberapa pemain import baru yang mewakili pasukan musim ini turut memiliki potensi untuk menyerlah dan kini kami hanya perlu membentuk keserasian pada sesi latihan sebelum aksi sepak mula bermula nanti,” katanya.

Pasukan KLUFC dijadualkan bertemu dengan Pulau Pinang pada aksi pembuka tirai Liga Super pada 6 Mac depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI