fbpx

27,719 calon duduki SPM di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar tingkatan lima yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Putera, Kota Bharu hari ini mendengar taklimat daripada guru sebelum peperiksaan- Foto ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Seramai 27,719 calon berdaftar akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 di Kelantan bermula hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Kelantan, Harun Yusof berkata, pelajar yang mengambil peperiksaan itu melibatkan 243 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, Yayasan Islam Kelantan, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sekolah swasta.

Katanya dalam satu kenyataan, peperiksaan itu akan dijalankan di 285 buah pusat di seluruh negeri ini.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI