fbpx

KPT gariskan tiga strategi dalam PTK IPT 2021-2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini melancarkan PTK IPT 2021-2025 dan EIE secara dalam talian hari ini.

PUTRAJAYA – Tiga teras strategi utama digariskan dalam Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi (PTK IPT) 2021-2025 bagi mentransformasikan landskap keusahawanan di IPT daripada keusahawanan yang berasaskan keperluan kepada yang berasaskan peluang.

Tiga teras itu ialah memantapkan ekosistem keusahawanan yang bersinergi dan holistik; memperkasakan jaringan keusahawanan yang berimpak tinggi serta menekankan kepada keusahawanan yang berteraskan inovasi dan teknologi.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, kerangka strategik itu akan membentuk ekosistem keusahawanan yang sinergistik antara keusahawanan, akademik, industri, kerajaan dan komuniti dalam landskap pendidikan tinggi negara.

Beliau berkata, pelaksanaan ketiga-tiga teras strategi itu diterjemahkan melalui buku Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi atau EIE yang memberikan penekanan kepada pemantapan kurikulum keusahawanan di IPT.

“Penekanan itu melalui enam fokus utama antaranya Asas Pengetahuan Dalam Keusahawanan; Pengetahuan Dalam Keusahawanan Lanjutan dan Pengetahuan Dalam Bidang Perniagaan.

“Selain itu ialah Aktiviti Tambahan Kurikulum Keusahawanan; Kemahiran Pembangunan Manusia; dan Aperantis Keusahawanan,” katanya semasa melancarkan pelan itu secara dalam talian hari ini.

PTK IPT 2021-2025 dan EIE dilancarkan bagi mendukung kelestarian agenda keusahawanan di IPT serta melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan pelajar dan graduan IPT.

Sementara itu, Noraini berkata, kedua-dua dokumen tersebut akan dapat memandu arah pihak IPT dalam melahirkan graduan yang holistik dan seimbang daripada aspek ilmu dan akhlak, bercirikan usahawan serta berupaya menjadi pemimpin cemerlang pada masa depan.

“Dua dokumen dasar ini merupakan panduan asas yang lebih tuntas dalam mengupayakan ekosistem keusahawanan di IPT termasuklah juga dalam aspek kurikulum.

“Kedua-duanya saling melengkapi daripada aspek strategi dan juga fokus utama yang digariskan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI