fbpx

Januzaj mampu kecewakan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANUZAJ (depan) mampu memberikan ancaman besar kepada United selepas mempamerkan aksi terbaik bersama Sociedad. – AFP

MANCHESTER – Legenda Manchester United, Paul Scholes menggesa bekas kelabnya itu agar berwaspada dengan kemampuan pemain tengah Real Sociedad, Adnan Januzaj menjelang aksi pertama pusingan 32 terbaik Liga Europa di Stadium Juventus awal pagi esok.

Aksi antara United dan Sociedad terpaksa diadakan di Stadium Allianz, Turin, Itali selepas kerajaan Sepanyol tidak membenarkan kemasukan penerbangan dari Britain ke negara berkenaan disebabkan penularan pandemik Covid-19 ketika ini.

Scholes, 47, tidak berasakan perubahan venue akan memberikan sebarang impak kepada The Red Devils, namun percaya Januzaj yang pernah beraksi bersama pasukan itu dari 2013 hingga 2017 mampu memberi impak besar untuk perlawanan tersebut.

“Adnan (Januzaj) seorang pemain yang berbakat besar. Saya tidak meragui perkara ini kerana pernah melatihnya selama enam bulan selepas kali pertama saya bersara.

“Dia masih membuktikannya dengan prestasi cemerlang bersama Sociedad. Saya merasakan ini adalah peluang terbaik untuk dia membuktikan kemampuannya apatah lagi kini dapat bergandingan bersama David Silva di bahagian tengah pasukan itu.

“Jadi, United perlu berwaspada dengan Januzaj kerana dia mampu merosakkan perancangan pasukan untuk mara ke pu­singan seterusnya dalam saingan ini,” kata Scholes yang pernah membuat 718 penampilan bersama The Red Devils dari 1993 hingga 2013.

Walaupun tidak berperanan sebagai penjaring gol untuk kelab itu, namun Januzaj tetap dianggap antara watak penting kecemerlangan Sociedad apabila sudah bermain lebih daripada 100 perlawanan bersama wakil Sepanyol itu sejak meninggalkan United pada 2017.

Sebagai rekod, aksi timbal balik antara kedua-dua pasukan akan berlangsung di Stadium Old Trafford pada 26 Februari ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI