fbpx

Hadiah Valentine, Song Joong-ki buka akaun Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONG JOONG-KI

AKTOR popular Song Joong-ki membuat kejutan istimewa kepada peminatnya apabila dilaporkan telah membuka akaun Instagram rasmi pada 14 Februari lalu.

Perkara berkenaan didedahkan agensi HiSTORY D&C menerusi Instagram dengan memuat naik tangkap layar akaun Joong-ki.

“Ketuk, ketuk! Hadiah yang lebih manis daripada coklat sudah sampai. Aktor Song Joong-ki telah membuka akaun rasmi Instagram,” tulisnya.

Pelakon drama Descendants of The Sun itu merupakan antara selebriti yang sangat menjaga privasi dirinya daripada dikongsikan kepada umum lebih-lebih lagi menerusi media sosial.

Bagaimanapun, difahamkan bahawa akaun Instagram rasmi Joong-ki akan diuruskan sepenuhnya oleh agensinya.

Selepas kemunculan aktor itu dalam Instagram, dia meraih jumlah pengikut mendadak dalam masa yang cukup singkat.

Dalam tempoh 12 jam selepas akaun tersebut dibuka, dia berjaya meraih lebih 400,000 pengikut dalam platform berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI