fbpx

Waspada penipu menyamar jadi rakan minta wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai agar sentiasa membuat penilaian dan semakan terlebih dahulu apabila menerima sebarang panggilan atau mesej menerusi aplikasi WhatsApp agar tidak menjadi mangsa penipuan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pada 13 Januari lalu, satu laporan polis telah diterima berkenaan kes penipuan menyamar sebagai kenalan untuk meminta wang.

“Pengadu, lelaki tempatan berusia 59 tahun yang merupakan seorang peniaga mendakwa telah gagal membuka aplikasi WhatsApp di telefon bimbitnya walaupun telah menyahpasang (uninstall) dan memuat turun semula aplikasi berkenaan.

“Menurut pengadu, dia kemudian menerima panggilan telefon daripada rakannya yang bertanyakan sama ada dia ada meminta untuk meminjam wang yang kemudiannya dinafikan oleh pengadu,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Eng Lai, pengadu mengesyaki ada individu lain yang menggunakan identitinya untuk berbuat demikian dan semakan yang dilakukan mendapati lebih daripada 20 orang kenalan pengadu telah dihubungi oleh individu berkenaan untuk meminjam wang.

“Sepanjang tempoh 1 Januari sehingga 31 Disember tahun lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul telah menerima sebanyak 193 laporan melibatkan kes penipuan sebegini yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM6 juta.

“Sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan terlebih dahulu dengan melayari laman web Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM di https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ bagi menyemak akaun yang terlibat dalam sebarang kes penipuan,” ujar beliau.

Tambah beliau, polis Sentul menyeru orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan sindiket sebegini atau sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada IPD Sentul di talian 03-4048 2222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI