fbpx

Tuchel selamatkan karier Werner

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WERNER (kiri) berjaya menemui semula sentuhan apabila meledak gol pertama di bawah kendalian Tuchel ketika Chelsea mencatat kemenangan 2-0 menewaskan Newcastle awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Penyerang Chelsea, Timo Werner mengakui keha­diran pengurus baharu, Thomas Tuchel kembali memulihkan semangatnya untuk memberikan aksi terbaik selepas berdepan krisis prestasi yang memuncak sebelum ini.

Menurutnya, Tuchel yang dilantik menggantikan Frank Lampard membolehkan ada seseorang yang berada di tepi padang dan menjerit memberikan arahan untuknya dalam bahasa Jerman membuatkan dia sentiasa peka.

Gol kedua yang dijaringkannya ketika menewaskan Newcastle awal pagi semalam di Stamford Bridge menyaksikan dia meledak gol kedua dalam 20 perlawanan tetapi percaya prestasinya akan terus meningkat di bawah kendalian Tuchel.

“Ia membantu saya apabila ada seseorang yang menjerit ke arah saya dalam bahasa Jerman. Tuchel adalah seorang lelaki yang baik, mempunyai idea yang menarik mengenai bagaimana kami harus bermain bola sepak.

“Beberapa minggu lalu, kami bagai hilang arah, kami ketinggalan jauh berbanding pasukan kelompok empat teratas. Kami mahu terus meningkat, kini hanya ketinggalan empat mata berbanding pasukan di tempat kedua.

“Ramai yang bercakap kami mungkin tidak dapat menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas musim ini tetapi kami sudah berada di sini ketika ini,” katanya.

Bekas pemain Chelsea, Michael Ballack sebelum ini berpendapat bahawa Werner berdepan kesukaran di Stamford Bridge kerana gaya permainan yang berbeza berbanding ketika berada di kelab lamanya, RB Leipzig.

Namun, Werner mengakui bahawa masalah itu berpunca daripada dirinya sendiri yang menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri terutama ketika pandemik Covid-19.

“Ia bukan sahaja saya tetapi semua orang. Negara baharu, liga baharu dan saya memulakan aksi dengan baik sebelum prestasi itu tiba-tiba menjadi semakin tidak menentu,” ujarnya.

Pada aksi di Stamford Bridge awal pagi semalam itu, Chelsea membuka tirai jaringan menerusi penyerang veteran, Olivier Giroud pada minit ke-31 sebelum Werner menambah jaringan lapan minit kemudian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI