fbpx

Kilang Silverstone Taiping henti operasi 30 Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kilang tayar Silverstone mengumumkan akan menutup operasi pada 30 Jun ini melalui satu notis yang dikeluarkan kepada pekerjanya semalam.

TAIPING – Kilang tayar jenama Silverstone yang sudah beroperasi selama lebih 30 tahun di Kamunting secara rasmi akan menghentikan operasinya pada 30 Jun ini.

Perkara itu turut dimaklumkan melalui laman web toyotires.com.my yang juga pemilik penuh syarikat itu semalam.

Difahamkan, Jabatan Sumber Manusia dan wakil pengurusan kilang juga sudah mengedarkan notis kepada pekerja kilang berkenaan semalam.

Notis itu antara lain memaklumkan kepada semua pekerja situasi semasa dan masa depan Silverstone Berhad.

Menurut notis itu, satu sesi pertemuan antara pihak sumber manusia dengan pekerja akan diadakan bagi memberi penjelasan lebih terperinci dan menjawab sebarang pertanyaan dari pekerja sambil memaklumkan kebajikan pekerja tetap menjadi keutamaan syarikat.

“Pengeluaran tayar jenama Silverstone selepas ini akan dibuat di kilang Toyo Tyre Malaysia Sdn. Bhd.,” kata notis itu yang turut dikongsi beberapa pengguna laman facebook semalam.

Menurut notis itu lagi, Toyo Tire Corporation menyatakan bahawa keupayaan kilang Silverstone yang berusia tiga puluh tahun telah menurun dari semua aspek termasuk mesin, kecekapan pengeluaran dan penyelenggaraan bangunan.

“Keadaan ini ditambah lagi dengan kesan pandemik Covid-19, telah memberi kesan negatif terhadap daya maju dan kesinambungan perniagaan.

“Persaingan pasaran juga meningkat berikutan kemasukan tayar dari negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan China yang bersaing dalam segmen pasaran yang sama,” jelasnya.

Jelas notis itu lagi, pengurusan syarikat akan memastikan segala terma dan syarat yang terkandung dalam Perjanjian Bersama (CA) dan undang-undang berkaitan dipatuhi sepenuhnya dalam tindakan susulan yang terpaksa diambil terhadap pekerja.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI