fbpx

Juventus perlu waspada layan Porto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DANILO (kanan) percaya Porto bukanlah sebuah pasukan yang boleh dipandang mudah sebaliknya Juventus perlu waspada dengan helah mereka. – AFP

TURIN – Duo pertahanan Juventus, Danilo dan Alex Sandro percaya tugas sukar menanti pasukan itu menjelang aksi pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara menentang FC Porto di Stadium Dragao awal pagi esok.

Kedua-dua pemain itu memberi amaran awal kepada rakan sepasukannya memandangkan mereka tahu kemampuan Porto kerana pernah menyarung jersi pasukan tersebut sebelum ini.

Danilo berkata, jurulatih Porto, Sergio Conceicao pastinya sudah mencongak percaturan dalam usaha mendapatkan ke­lebihan menjelang aksi timbal balik bulan depan.

“Karier saya dan Sandro berkembang di Porto, banyak yang kami tahu mengenai pasukan itu. Saya percaya pertemuan itu menjanjikan aksi yang cukup istimewa.

“Saya jangka Sergio (Conceicao) ada ramuan tersendiri untuk perlawanan itu. Beliau adalah seorang jurulatih yang sentiasa dahagakan kemenangan, jadi kami perlu berjaga-jaga,” ujar Danilo.

Sementara itu, Sandro berharap rakan sepasukan sudah bersedia sepenuhnya, lebih-lebih lagi bintang Porto, Jesus Corona berada pada prestasi terbaik ketika ini.

“Dia (Corona) seorang pemain yang berkaliber. Bagaimanapun, ia mungkin mengundang bahaya sekiranya kami hanya fokus pada seorang pemain sahaja kerana pemain-pemain lain mampu mengejutkan kami,” kata Sandro.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI