fbpx

Serena mara benam Halep

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERENA menempah slot separuh akhir Terbuka Australia selepas menundukkan Halep sebentar tadi. - AFP

MELBOURNE – Bintang tenis sensasi Amerika Syarikat, Serena Williams berjaya mara ke saingan separuh akhir Grand Slam Terbuka Australia selepas menundukkan pemain No. 2 dunia, Simona Halep sebentar tadi.

Pemenang 23 gelaran Grand Slam itu dilihat tidak berdepan masalah besar apabila mendominasi permainan untuk meraih kemenangan straight-set 6-3, 6-3 pada aksi di Arena Rod Laver itu.

Kemenangan itu menyaksikan Serena mara ke pentas separuh akhir Grand Slam buat kali ke-40 dalam kariernya dan jika pemain berusia 39 tahun itu berjaya muncul juara pada aksi kali ini, bermakna dia akan menyamai pencapaian Margaret Court yang mengumpul 24 gelaran sebelum ini.

“Saya fikir ini adalah aksi terbaik yang pernah saya pamerkan pada kempen kali ini.

“Ia cukup istimewa kerana berjaya menewaskan pemain No. 2 dunia. Saya tahu saya mampu memberikan aksi yang lebih baik dan itu yang saya lakukan.

“Ini adalah peluang terbaik untuk saya terus mempamerkan aksi terbaik. Saya gembira dengan setiap kemenangan yang saya raih di sini,” katanya.

Serena akan membuat perhitungan dengan jaguh Jepun, Naomi Osaka pada aksi separuh akhir nanti yang telah berjaya menundukkan Hsieh Su-wei 6-2, 6-2 pada aksi suku akhir pagi tadi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI