fbpx

Halep pasang impian singkirkan Serena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HALEP berjaya menundukkan Swiatek pada aksi pusingan keempat untuk mara ke pentas suku akhir Terbuka Australia. – AFP

MELBOURNE – Pemain pilihan No. 2, Simona Halep mengakui berada di puncak prestasi menjelang aksi suku akhir bertemu bintang tenis veteran, Serena Williams pada kejohanan Grand Slam Terbuka Australia yang dijadualkan berlangsung hari ini.

Terdahulu, Halep mara ke pusingan suku akhir selepas berjaya membalas dendam ke atas pemain sensasi Poland, Iga Swiatek apabila bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menang 3-6, 6-1, 6-4 pada aksi pusingan keempat kelmarin.

Sebagai rekod, Swiatek telah membuat kejutan tersendiri apabila berjaya menewaskan Halep pada pusingan keempat Terbuka Perancis tahun lalu, sekali gus berjaya mencipta sejarah menjulang trofi Grand Slam pertama dalam kariernya.

Kata Halep, aksi yang dipamerkan olehnya cukup sempurna walaupun tekanan yang diberikan oleh Swiatek yang berjaya menang pada set pertama cukup hebat tetapi kini mahu fokus untuk aksi bertemu Serena pada pusingan suku akhir nanti.

“Saya masih ingat bagaimana saya kalah dengan Swiatek pada Terbuka Perancis tahun lalu dan perkara itu sedikit menjejaskan tumpuan saya khususnya pada set pertama. Namun, saya berjaya menang pada dua set seterusnya dan keputusan ini cukup memberikan keyakinan tambahan buat saya.

“Ini kerana saya akan bertemu dengan Serena pada pusingan suku akhir, jika saya tidak berada pada prestasi terbaik, sukar untuk saya meraih kemenangan pada perlawanan itu tetapi kini saya akui momentum sudah berada di kemuncak.

“Pada aksi suku akhir nanti, saya akan memberikan segalanya meskipun sedar, Serena akan memberikan cabaran yang cukup sengit terutama apabila dia mahu memecahkan rekod kemenangan Grand Slam terbanyak pada kejohanan kali ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI