fbpx

PKPD di Penjara Tapah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal perintah kawalan pergerakan (PKP), Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tapah dan Kuarters Kakitangan, Tapah, Perak bermula 16 Februari sehingga 1 Mac nanti.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 187 ujian saringan ke atas
kontak rapat dan daripada jumlah itu, sebanyak 55 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua tahanan, kakitangan serta kontak rapat yang terlibat untuk memastikan tiada jangkitan dalam komuniti.

“Prosedur operasi standard (SOP) PKPD di penjara ini sama seperti yang diumumkan sebelum ini termasuk pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga adalah tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI