fbpx

Mangsa bersenam sebelum ditemui mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa dibawa keluar dari tasik tersebut pagi tadi.

PETALING JAYA – Seorang pekerja di Tasik Taman Jaya di sini mendakwa melihat mangsa bersenam sebelum mayatnya dijumpai terapung tidak lama kemudian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan mayat wanita terapung dalam tasik berkenaan pada pukul 10.09 pagi.

Artikel berkaitan: Mayat wanita ditemui terapung 

“Sepasukan polis IPD Petaling Jaya bersama bomba dan Kementerian Kesihatan (KKM) bergerak ke lokasi.

“Menurut saksi, dia sempat melihat mangsa bersenam berhampiran tasik pada pukul 8 pagi ,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, sejam kemudian saksi tersebut menemui mayat terapung di dalam tasik berkenaan dipercayai mangsa sama.

“Siasatan polis tidak menemui apa-apa dokumen pengenalan diri pada tubuh si mati.

“Setakat ini, tiada elemen jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI