fbpx

Mayat wanita ditemui terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat wanita tersebut ditemui oleh orang awam pagi tadi.

PETALING JAYA – Mayat seorang wanita ditemui terapung di tengah-tengah tasik berhampiran pusat beli-belah Amcorp Mall, di sini pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Abdul Rahman Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat tersebut kira-kira pukul 10.40 pagi.

“Setelah anggota sampai di lokasi, memang benar terdapat mayat wanita berusia lingkungan 20-an terapung di tengah tasik sejauh tujuh meter dari daratan.

“Anggota bertugas membuat size up di lokasi dan mengangkat mangsa menggunakan bot,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, mayat tersebut kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd. Faisal ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI