fbpx

SPRM tahan dua pengarah buat tuntutan palsu PSU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor hari ini menahan dua pengarah syarikat swasta kerana dipercayai mengemukakan tuntutan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, kedua-dua suspek itu didakwa melakukan tuntutan palsu berkaitan program Subsidi Upah (PSU) di bawah pakej Penjana.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias yang dihubungi pemberita mengesahkan penangkapan kedua-dua suspek berkenaan.

“Suspek yang merupakan seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 60 dan 64 tahun iut ditahan di Pejabat SPRM Johor pagi ini.

“Mereka akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru pagi esok untuk pertuduhan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Tegasnya, SPRM memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan isu ketirisan khususnya terhadap bantuan yang telah disalurkan kerajaan bagi meringankan bebenan rakyat dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI