fbpx

Trump bebas dakwaan hasut rusuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REAKSI Trump selepas selesai berucap di White House pada 13 November lalu. – AFP

WASHINGTON –  Senat Amerika Syarikat (AS) membebaskan bekas Presiden AS, Donald Trump daripada tuduhan menghasut penyokong menyerang bangunan Capitol pada 6 Januari lalu dalam usaha terakhir untuk mengekalkan kekuasaan, dalam satu sesi undian anggota dewan semalam.

Pembebasan Trump daripada tuduhan tersebut menandakan berakhirnya usaha Parti Demokrat menggunakan proses itu bagi menghalang beliau untuk kembali menjawat jawatan Presiden di masa akan datang, lapor agensi berita Kyodo News, hari ini.

Trump dalam satu kenyataan selepas bebas daripada pertuduhan menunjukkan keinginan tinggi untuk kembali merebut jawatan yang kini dipegang oleh Joe Biden.

“Pergerakan bersejarah, patriotik dan indah untuk menjadikan AS kembali hebat baru saja bermula. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan kepada anda semua tidak lama lagi,” katanya.

Artikel pendakwaan yang menuduh Trump dengan hasutan pemberontakan telah dibawa ke Dewan Senat, di mana tujuh Republikan bergabung dengan 50 Demokrat untuk memilih mendakwa bekas presiden itu, semalam.

Demokrat memuji suara dewan yang menyaksikan pecahan undi menjadi 57-43 sebagai suara keyakinan bipartisan paling banyak yang pernah dilihat dalam kes pemecatan presiden dalam sejarah AS tetapi ia kekal kekurangan majoriti sebanyak dua pertiga dalam Dewan Senat yang memerlukan 100 undi anggota bagi meluluskan pendakwaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI