fbpx

Liverpool tewas kepada Leicester 1-3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah berjaya meledak satu gol, tetapi masih gagal membantu The Reds melakar kemenangan selepas tewas 1-3 kepada Leicester sebentar tadi. - Foto Premier League

LONDON – Nasib pasukan Liverpool bagaikan jatuh ditimpa tangga selepas mengalami kekalahan ketiga berturut-turut dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) selewas tewas kepada Leicester City 1-3 sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium King Power itu, skuad kendalian Jurgen Klopp itu mempertaruhkan kesebelasan terbaik dengan trio serangan berbisa, Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino diletakkan di posisi menyerang.

Namun, kelibat barisan pemain yang berjaya membantu Liverpool menjulang trofi EPL musim lepas tidak memberi sebarang keresahan pasukan tuan rumah yang dilihat mudah mendominasi saingan.

Malah, mereka hampir meraih gol pada babak pertama tetapi percubaan penyerang utama The Foxes terkena palang.

Bersambung pada babak kedua, Liverpool memperkemaskan jentera serangan dan berjaya meraih gol menerusi penyudah bijak yang dilakukan oleh Mohamed Salah pada minit ke-67 selepas menerima hantaran Firmino.

Bagaimanapun, Leicester enggan mengalah dan terus menggadakan asakan dan usaha mereka membuahkan hasil apabila menjaringkan tiga gol pantas menerusi ledakan James Maddison pada minit ke-78, Vardy (m-81) dan Harvey Barnes (m-83).

Keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus menghadiahkan tiga mata penuh buat skuad kendalian Brendan Rodgers itu pada pertemuan menentang The Reds yang juga bekas kelab bimbingannya.

Leicester kini berada di kedudukan kedua EPL dengan mengutip 46 mata manakala Liverpool terpaksa akur dengan 40 mata selepas mengharungi 24 perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI