fbpx

Sukarelawan warga emas diperlukan bagi kajian klinikal Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memerlukan sukarelawan berusia 60 tahun dan ke atas bagi menyertai Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin Covid-19.

Menerusi satu kenyataan, sukarelawan itu diperlukan sebagai sebahagian kajian untuk menguji keberkesanan dan keselamatan vaksin bagi golongan warga emas.

Menurutnya, pihaknya memerlukan seramai 315 hingga 450 warga emas sebagai sukarelawan bagi kajian itu.

“Kami mengalu-alukan sukarelawan warga emas yang berminat untuk menyumbang dalam pembangunan vaksin Covid-19.

“Mereka yang berminat boleh menghubungi sembilan buah hospital yang terbabit antaranya Hospital Ampang, Hospital Umum Sarawak, Hospital Pulau Pinang dan Hospital Seberang Jaya, Hospital Sultanah Bahiyah.

“Hospital lain adalah Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Taiping, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Sultan Abdul Halim,” katanya di Facebook hari ini.

Katanya, kajian klinikal itu adalah hasil kerjasama KKM dan Institut Perubatan Biologi, Akademi Sains Perubatan China (IMBCAMS).

Dalam pada itu, KKM berkata, seramai 8,162 sukalerawan sudah menghubungi sembilan buah hospital yang terbabit, setakat 9 Februari lalu.

“Daripada jumlah itu, 50 peratus iaitu 1,512 sukarelawan telah bersetuju untuk menyertai kajian ini.

“Manakala, 38 peratus sukarelawan telah menerima dos pertama vaksin kajian atau plasebo,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI